TRIP MEMANCING EDISI TAHUN BARU CINA

ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



Pergi mana cuti tahun baru cina?? ade turun ke sungai ke?? 

mesti la turun.. kalau renjer ni memang takde istilah nak cuti-cuti memancing ni..memancing tu jadi harus dah hehe..cuma mase je terhad sikit.. awal pagi renjer niaga ikan dulu.. tengah hari sikit baru boleh terjah ke lubuk.. cuti kali ni ramai sungguh member yang balik ajak ke sungai.. ade yang sempat join ade yang tak.. masing-masing ade plan macam-macam.. nak mancing haruan lah,mancing belidalah, mancing kelabau lah.. macam-macam ikanlah lagi..yang mana sempat, renjer bawak.. yang tak sempat tu diorang turun sendiri jelah...

meriah sungguh orang ke sungai cuti raya cina tadi.. paling best orang yang naik bot kat sungai bernam tu.. pakat berdesup kejar lubuk.. sampai lupa ada orang memancing kat tebing sungai.. dari air sungai cantik sampai jadi keruh la... kadang-kadang tu tali pancing orang pun diorang langgar macam tu je... punya nak laju la..sampai tak sempat elak dah..

sungai bernam ni sungainye kecik je..tak payah laju-laju kalau naik bot tu..lubuk ade setiap selekoh sungai..macam malu-malu pulak nak cuba memancing..tengok orang keatas semua pakat berkejar-kejar..aiyoo..ape la hasil diorang agaknye...




lubuk-lubuk renjer pun dah banyak berubah..ade yang boleh pancing ade yang dah tak sesuai nak pancing..pokok tumbang dalam sungai sana sini..memang mencabar la nak memancing..tapi renjer ikut mana dan jela..nampak banyak ikan belida, renjer cuba main ikan belida.. nampak ade ikan kelabau, cuba labuh umpan kelabau.. tapi kalau labuh umpan buah sawit nak buru ikan kelabau.. memang ikan kaloi la yang jamah dulu umpan sawit tu..banyak betul ikan kaloi kat sungai bernam sekarang ni..

dah la nak daratkan ikan kaloi ni mencabar sikit.. saiz ikan die pulak banyak yang atas 3kilo sekor-sekor.. kadang-kadang tu renjer pun kena buli dengan ikan kaloi ni hehe.. ikan belida pulak memang banyak.. tapi ikan belida ni merata lagi duduknye.. air sungai belum betul-betul surut lagi..kalau dah ikan-ikan tu terkumpul setempat nanti baru betul-betul best nak pancing..mase tu baru ikan belida yang besar-besar ni senang sikit nk pancing die...setakat ni renjer pun tak de dapat lagi ikan belida yang besar-besar macam tahun lepas sampai 6--7 kilo sekor-sekor...yang banyak renjer dapat kebanyakanya saiz bawah 4 kilo je..untuk permulaan itu pun dah orait!! hehe....esok-esok kang renjer terjah lubuk-lubuk tu lagi...



Nota renjer : setakat ni,ikan belida,ikan kaloi,ikan toman..kalau ada yang berminat boleh la halo-halo :)



10 komen tak kire kaki pancing:

Unknown said... Reply To This Comment

Nak kalui seko bos

Anonymous said... Reply To This Comment

ASSALAMUALAIKUM BRO,bro aku org besout gak..,fadil.teringin la nk terjah port belida hang, msg aku 0126025935..nanti kita leh komplot sekali..dan berkenalan makan2 kat kedai wak soto..msg yer serius ni

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@zainuddin otaklaju mai la ambik..membeku dah dlm peti ais tu :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : w,salam..hoho orang kampung :P tq sudi singgah..

dah hujan la 2.3 hari ni..klu air xok cmne nak mancing..nti la tgu air ok aku halo2 :)

Anonymous said... Reply To This Comment

xpernah lagi makan ikan belida ni..sedap ker?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous katenye sedap..cuma ikan ni banyak tulang halus..ade yang pandai makan diorang buat fishball :)

mohd nasir said... Reply To This Comment

Yang buat fishball tu kbnyakan nye orang cina guna ikan selat....

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@mohd nasir betul tu..tapi ikan belida pun jadi pilihan..kalau nak buat kuah laksa pun boleh isi ikan belida ni :)

Anonymous said... Reply To This Comment

Salam renjer.mohon bertanya...camner cara peram buah sawit.saya duk area sg bernam gak kat behrang.teringin nak mncing lampam

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous w,salam... cer cek kat sini -http://renjersungai.blogspot.com/2012/12/banjir-cara-memeram-buah-sawit-sawit.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...