JELAJAH KE SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Misi renjer kali ni ingin meredah lubuk baru ke sungai perak..biarpun renjer sudah awal mendapat info yang air sungai perak sudah terlalu surut.. gian memancing punye pasal renjer plan turun memancing jugak..janji dapat intai-intai lubuk pun da kira ok la kan? hehe

kali ni renjer turun dengan patner renjer (najip) dia ni baru nak berjinak-jinak dengan dunia menjoran ni .. sebelum-sebelum ni dia memang aktif terjun parit je.. pastu pulak menjaring ikan-ikan darat... tapi bila dia dah dapat rentak menggunakan joran, dia dah mula rajin ikut renjer turun trip memancing..



kalau sebelum ni ajip ikut renjer ke sungai bernam je tapi disebabkan air sungai bernam sudah banjir , renjer plan la ke sungai perak ni..mula-mula tu plan renjer nak berumah 3 hari ke sungai perak ni,tapi disebabkan ade sedikit gangguan malam hari kedua kami kat lubuk teluk bakung,kami buat keputusan untuk balik je..

banyak jugak lubuk yang kami terjah, tapi semunya hampa..kebanyakan lubuk yang kami singgah semuanya penuh dengan reba kayu..sampai habis la perambut yang renjer siap ikat..berpuluh batu pancing kami sedekah kat sungai perak tu..tu la nasib kaki pancing hehe :P

.

bukannye tak berikan kat sungai perak ni,cuma reba kayu yang menjadi penghalang untuk kami daratkan ikan yang besar-besar..tapi macam tu la nasib kaki pancing..kadang kala ade rezeki kadang kala boleh jadi bangau je termenung menunggu ikan hehe...

nasib la trip renjer ni ade jugak daratkan 2 ekor patin lawang dan seekor ikan lampam..yang selebihnye berjaya meloloskan diri..nantilah renjer plan lain ke sungai perak ni..tunggu air besar nanti..sempat jugak la renjer cari member-member kaki pancing baru kat sungai perak ni.. diorang memang menetap kat kampung-kampung tepi sungai tu..ape-ape hal nanti senang la renjer halo je dorang kalau nak tahu info air sungai..





Nota renjer :  puas turun ke sungai, renjer nak plan memancing haruan je lepas ni..air sungai dah ok nanti baru renjer nak bermalam ke sungai lagi..

CASTING HARUAN EDISI RAYA


ASSALAMUALAIKUM and hi for non muslim



*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, U make me smile dude! Thanks again all ;)







Tudia habaq hang! belum habis beraya dah turun memancing..betui ka ni??? ish dak aihh!! ni la hasil trip renjer 2 hari sebelum raya..cari stock untuk last puase tu..dah raya-raya ni renjer tak turun memancing kemana pun lagi..bawak-bawak la berehat kate orang..jenguk-jenguk la jugak member-member yang baru balik dari perantauan tu hehe.. 

setakat ni renjer belum plan pun lagi nak buat trip memancing..cume abang-abang renjer je yang dah beriye-iye turun..raya kedua pun diorang dah mula turun casting ikan haruan..banyak jugak hasil yang diorang dapat..berbelas kilo jugak la..renjer mungkin 2 atau 3 hari lagi la kot baru mula nak pikir mane port yang renjer nak bermalam hehe..tak pun turun casting ikan haruan je..





last trip renjer memancing haruan last puase aritu.. itu pun renjer dah rase puas untuk turun casting lagi.. mungkin  renjer nak turun memancing  dalam 2 atau 3 hari ni atau mungkin renjer akan ke sungai je..mane tau ade hasil terbaik ke..boleh jugak buat bakar-bakar..stock umpan sawit peram renjer rasenye dah betul-betul cukup matang dah ni kalau nak guna..agak-agak sungai mane la renjer nak terjah nanti..tunggu!! :P




nota renjer : nanti renjer update mane lokasi renjer akan turun memancing..mane tau ade yang tringin nak paw umpan terbaik renjer tu hehe :P



SELAMAT HARI RAYA



ASSALAMUALAIKUM and hi for non muslim



*since i receive few calls from non Malay friends, who interested with my blog. Thanks again all ;)






CASTING HARUAN




ASSALAMMUALAIKUM


Jom kita layan video casting haruan ni sat..renjer vs amis..lokasinye kat estate ulu basir..tarihk trip memancing ni 19.07.2012 bulan yang lepas..saja nak test buat toturial memancing pulak hehe...hasil renjer  seorang je mase trip memancing ikan haruan ni, renjer dapat 18.6 kg kesemuanya..dari pukul 9 pagi  sampailah 4 petang..tu pun sebab umpan katak dah habis..5o ekor katak renjer bawak...kalau ade umpan lagi mau jadi lebih hasil renjer hehe =P


video
|




nota renjer : trip casting seterusnya.. next week kang..kita p beraya dulu na.. :)


TERJAH LUBUK IKAN BUJUK




ASSALAMMUALAIKUM





Ikan haruan bujuk apa bezanya dengan ikan haruan biasa?? apakah khasiat ikan haruan bujuk ini?? dan mengapa lokasi kawasan ikan haruan bujuk ini berbeza dari kawasan ikan haruan biasa?? 

dari pengalaman renjer memburu ikan haruan bujuk setakat ni la.. dari segi rupa bentuk bezanya ikan bujuk ni dengan haruan adalah di kepalanya.. di mana ikan bujuk mempunyai kepala yang agak tajam muncungnya.. dari segi corak badan pun berbeza..ikan bujuk mempunyai tompok berbatik hitam kekuningan dan berbeza corak mengikut calour air kawasan yang didiaminya..

untuk khasiat isi ikan bujuk ini renjer pun kurang pasti..tapi ada yang mengatakan khasiat ikan bujuk ini sama seperti  khasiat isi ikan haruan jugak..menyembuhkan luka dalaman.. dari segi rasa isinya pulak, ikan bujuk lebih sedap berbanding ikan haruan..

ikan bujuk ini tidak banyak bergerak seperti ikan haruan..biasanya ikan bujuk ini duduk di kawasan paya-paya berhampiran sungai atau sungai mati..kawasan yang penuh akar-akar balak biasanya menjadi sarang ikan bujuk ini..




namun ikan bujuk ini tetap menyambar sama seperti ikan haruan..cuma dia tidak banyak bergerak..hanya  kaki pancing yang biasa memburu ikan bujuk ini akan tahu mengesan lokasi lubuknya..ikan bujuk ini tidak akan duduk di kawasan yang lapang,tapi akan keluar pada hari malam untuk mencari makanan..teknik mengumpan ikan bujuk ini boleh jugak menggunakan umpan katak atau anak ikan yang dijadikan rapala..





nota renjer :gambar-gambar ini sedikit hasil dari trip renjer minggu lepas..lokasinya,sungai mati estate ulu basir..19 ekor ikan haruan,4 ekor ikan bujuk..


LUBUK IKAN KELABAU PART 2




ASSALAMMUALAIKUM







Lokasi yang sama lagi renjer ke lubuk ikan kelabau..kali ni renjer seorang je menapak kat tepi tebing sungai ni..mula-mula tu renjer takde niat pun nak turun memancing..cadang nak rehat je kat rumah,sebab stok ikan renjer dah habis terjual..tapi kalau dah pemancing tegar macam renjer ni mane la boleh nak duduk diam..pantang ada masa..takde keje je, duk teringat kat lubuk je hehe :P

pagi tu lebih kurang pukul 11 renjer turun memancing..sampai je kat lokasi,air sungai baru mula nak  pasang..renjer pun mulakan la aksi..satu-satu pancing renjer atur..umpan renjer macam biase la guna umpan sawit peram tu..cuma satu pancing je renjer guna umpan buah sawit yang dipotong..




tak perlu tunggu lama la..joran renjer yang guna umpan sawit potong diragut ikan kelabau..joran yang guna umpan sawit peram ade jugak sesekali bergegar diragut ikan tapi tak mengena pulak..dua tiga kali jugak renjer tukar-tukar umpan..udang pun banyak jugak ganggu umpan sawit yang renjer labuhkan ni..air tengah pasang memang banyak la udang keluar cari makan..belum sempat ikan kelabau jumpak umpan sawit,dah tinggal sabut je umpan sawit peram renjer..

last-last renjer guna sawit masak yang keras sikit..kupas kulit sawit tu..selalu kalau guna sawit yang macam tu lambat la sikit ikan nak mengena..tapi takde la udang kacau sangat kalau guna sawit yang keras..cuma termenung  gak la tunggu ikan nak pagut sawit tu hehe..sampai terlelap la renjer tunggu joran..tersedar pun sebab bunyi drag mesin shimano renjer dah mengena..besar jugak yang sangkut kali ni..dua lagi pancing renjer pun dah mengena rupanya..mungkin renjer tak sedar mase tertido kot hehe...lepas daratkan sume ikan tu renjer kemas trus balik balik je..jadi la dapat daratkan 3 ekor ikan kelabau seekor ikan baung.. 


nota renjer : jangan tiru aksi renjer tido di tepi sungai hehe...:P




LUBUK IKAN KELABAU



assalamualaikum..



Laptop renjer kembali pulih.. alhamdulillah.. jom kembali berblog! yeahhaaa!!! Bukan renjer menyepi tanpa ada hasil..cuma renjer sibuk sikit dalam minggu ni..duk pulun cari duit raya hehe..meh sini kita tengok apa hasil renjer minggu ni..




Lubuk baru lagi??  baru tu takdela baru,cuma sudah lama renjer tak turun ke kawasan lubuk sungai bernam sebelah bawah ni..tempat ni memang dah banyak berubah..lubuk ni dah semakin luas mungkin disebabkan hakisan air sungai yang kerap kali banjir..

trip renjer ke lubuk kali ni turun bersama rakan renjer hakim al-ikhsan..mula-mula plan kami nak turukan bot,tapi enjin bot pulak buat hal..terpaksa la kami lepak kat tebing je..umpan yang kami sediakan memang terbaik la..test praktikal umpan yang diperam oleh tangan hakim sediri..good boy..umpan lu sudah lulus! =P next trip memancing lu peram umpan gua pulak tumpang hehe :P




tak perlu tunggu lama,umpan yang kami labuh sudah ada yang sudi memagut! ikan kelabau! plan kami turun pun memang niat nak memburu ikan kelabau..biarpun kawasan yang renjer turun ni kawasan laluan bot, ikan kelabau ni tetap sudi dengan umpan yang kami sajikan..sawit peram memang terbaik! 

sempat 4 ekor je yang kami daratkan..yang selebihnya terlucut..maklumlah kawasan reba kayu.. jadi jaguh la ikan kelabau ni..masa pulak tak mengizinkan kami nak tunggu lebih lama kat lubuk ni..bulan pose ni kena balik berbuka dulu hehe..next week kita serang lagi :P






nota renjer : 4 ekor hasil ikan kelabau renjer minggu ni,2ekor hasil dari hakim punya joran..berbuka nanti makan ikan kelabau bakaq berminyak la muncung hehehe :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...