BERKAMPUNG KE ESTATE SOONSENG


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Salam Aidiladha kepada semua umat islam dan juga pengunjung blog renjersungai...maaf atas kelewatan entry blog renjer ni..renjer betul-betul sibuk dalam minggu ni..sampai tak berperluang nak update..lagi pun dalam minggu ni memang renjer takde turun mana-mana trip memancing..trip memancing yang terdekat 3 dan 4 haribulan november bersama krew majalah pancing ni pun bergantung pada cuaca.. kelengkapan untuk trip tu nanti memang renjer dah sediakan..termasuk la umpan terbaik renjer (sawit peram)..harap-harap cuaca mengizinkan la nanti..

cerita lubuk untuk minggu ni.. musim-musim hujan ni macam biasa la.. bila takleh ke sungai, memburu ikan haruan tu macam biasa la bila air dah mula naik... estate soonseng satu-satunya lokasi paling menarik bila air naik.. berkampung la kami ke sana..kena pulak cuti-cuti raya haji ni, memang meriah la kaki-kaki pancing semua nak ke lubuk..berderet je orang di setiap parit-parit kat estate tu..dah lebih orang dari ikan keh3.. :P

renjer pulak macam biasa la, satu family turun hehe...tapi hasil kami 13 kilo je kesemuanya..tu pun dah dikira terbaik la..saiz ikan pun boleh tahan jugak..ikan masih lagi banyak kat estate tu..cuma cuaca hari tu terlalu panas..pokok sawit kat estate tu pulak dah banyak yang dah ditebang untuk ditanam semula..tu yang tak banyak lokasi untuk kami memancing...tapi dalam ramai-ramai yang renjer tengok memancing hari tu,ade  jugak yang sanggup berjemur memancing...gile ah! punya tegar hehehe :P 






Nota renjer :  alhamdulilah! hasil yang kami dapat semua ni sudah habis dijual :) 

LUBUK IKAN SEPAT


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Beginilah aktiviti renjer dan partner renjer najip.. kami sentiasa mengesan lubuk ikan sepat ni kerana permintaan terlalu tinggi..kami terpaksa menjelajah lubuk paya dan sungai mati di daerah sungai bernam ni...kalau tidak ada trip memancing inilah kerja kami ---- turun menjaring..

memang ikan sepat boleh di pancing tapi tak semua tempat ikan sepat ni boleh dipancing...menjaring adalah salah satu cara mudah untuk kami memenuhi permintaan peminat ikan sepat ni..perlu berani sikit la..maklum la..kami ni terjun paya ni betul-betul guna pelampung taya lori je.. bukannya kami takde sampan.. cuma kalau  guna sampan ni nak pindah tempat tu jadi susah sikit la.. bukan boleh usung sampan naik moto kan...




musim-musim hujan ni memang kurang la dah trip renjer ke sungai..lagipun sementara tunggu air sungai pulih nanti, sempat la kami kumpul duit lebih sikit dengan pergi menjaring ikan ni..kata orang "kalau dah menjaring ni habis la semua ikan" jangan risau ye tuan-tuan dan puan-puan , kami bukan main tuba ke atau main karen.. macam itu punya cara ka??? memang boleh selesai la ikan..periuk nasik sendiri mesti kena jaga betul dak? lagipun menjaring ikan ni,ikut saiz  mata jaring la..bukan bila menjaring je,semua ikan boleh sangkut..kalau saiz mata jaring tu kasar sikit ikan kecil memang takkan mengena..bermakna masa akan datang takde la putus ikan kat lubuk yang kami turun tu..

lubuk pulak memang seboleh-bolehnya kami akan pilih tempat yang jarang orang datang..maklum la..kang tengok dek kaki pancing kami bawak kuar jaring, mau ketaaaat je muka bila tengok kami dah macam memerang je kat dalam air hehehe...nak buat macam mana kan..itu la kerja kami sebagai nelayan darat ni..janji kerja yang kami buat ni kerja yang halal.. betul dak??? 






Nota renjer :  tuhan dah tentukan rezeki masing2..tak kira la dengan apa cara..yang penting perlu la rajin dan usaha...biarpun hanya kerja mencari ikan je seperti kami ni :) 



MUSIM IKAN KELABAU PART 2 PENUTUP 2012



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Hujan turun semakin lebat..air sungai bernam mungkin sudah semakin dalam..mungkin trip dalam gambar-gambar ini adalah trip memancing ikan kelabau yang terakhir untuk tahun ini..dua ekor ikan kelabau rekod terberat untuk tahun ini yang berjaya renjer daratkan..

sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun sungai bernam ini akan banjir ekoran musim hujan sudah tiba..tapi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu adakah team renjer dapat lagi beraksi mencipta rekod  ikan terberat untuk penutup 2012 ini...semuanya bergantung pada cuaca..





bagi renjer hujan bukanlah halangan untuk beraksi mencipta rekod..mungkin tidak di sungai tapi kami bersedia  dengan kelengkapan peralatan memancing dan menunggu air naik untuk memburu ikan haruan yang sudah lama berkurung di dalam lubuk ketika musim kering..

musim ikan belida pun renjer sudah terlepas untuk tahun ni..tak banyak masa yang renjer ada untuk turun kesungai ekoran sibuk berniaga ikan..tidak seperti tahun-tahun yang dulu jadual renjer memang full ke sungai je...semua musim ikan renjer dapat..dari musim ikan haruan,bujuk,toman, ke sungai musim ikan lampam,kelabau ,belida,baung dan macam-macam lagi jenis ikan sungai...

kalau dulu ikan yang renjer dapat renjer tolak dekat peraih je..sebab tu renjer ada banyak masa untuk mengatur trip memancing..tapi sekarang renjer sendiri yang memasarkan ikan..siap renjer yang jadi peraih membeli ikan hasil dari kawan-kawan yang turun memancing..jadi tak banyak masa yang renjer ada..tambahan lagi jika stok ikan terlalu banyak untuk dipasarkan..




kepada rakan-rakan yang renjer tolak untuk turun trip memancing tu..mintak maafla banyak-banyak..walaupun tak dapat beraksi bersama,renjer tetap akan berkongsi pengalaman yang ada..renjer akan setiasa ketengahkan teknik-teknik memancing dengan betul..walaupun renjer sendiri masih lagi mencari teknik memancing dengan betul hehehe :P



Nota renjer : sama-sama lah kita kongsi ilmu memancing..bertukar pendapat..mana tahu dari situ kita boleh lebih tahu cara paling berkesan menjerat ikan :)



SUNGAI BERNAM | PESTA IKAN KELABAU



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Sebut saja ikan kelabau pasti ada yang tertanya-tanya ikan apa tu?? renjer pun kurang pasti kalau ikan kelabau ni di tempat lain apa namanya.. tapi yang pasti ikan kelabau ini tidak semua sungai ia ada..kalau kaki pancing di tempat renjer ni sebut je ikan kelabau pasti akan tahu rupa dan kudrat ikan ni masa bertarung untuk daratkanya..memang ikan ini susah dikesan..ia juga spesis ikan yang bergerak dalam kumpulan..dan biasanya lokasi reba kayu menjadi kawasan habitat ikan ini..

Sungai bernam antara sungai yang masih lagi banyak dihuni oleh ikan kelabau ini.. cuma masih ramai lagi kaki pancing yang belum faham teknik memancing ikan ini dan cara mengesan lokasi ikan ini dengan betul.. pertamanya umpan --- apa umpan yang sesuai ? mengikut pengalaman renjer la..buah kelapa sawit adalah umpan yang terbaik untuk mejerat ikan ini.. yang penting buah sawit ini haruslah buah yang betul-betul masak..diperam atau digunakan dengan cara memotong halus..matakail pun jangan guna yang terlalu kasar..cukup sekitar saiz 12-13-14 jenis eagle wave..mulut ikan kelabau ni halus..dan makan jenis menyedut umpan...




tali pancing dan juga batang pancing juga harus sesuai dan memberi peranan penting untuk memburu ikan ini..tali pancing tidak boleh guna yang terlalu kasar..kerana inginkan kedudukan umpan sesuai dengan arus..jika menggunakan tali pancing terlalu kasar boleh menyebabkan kedudukan umpan hanyut ketebing sungai.. gunakan batang pancing  yang agak lembut sedikit..

mengikut pengalaman renjer lagi, memancing ikan kelabau ni tak boleh terlalu bising.. dan jangan terlalu mendedahkan diri ditebing sungai.. ikan ini sensitif dan mudah terkejut.. cara menabur sedikit buah sawit hancur adalah cara paling berkesan untuk memberi ikan kelabau ini keluar dari reba kayu dan berlegar mencari makanan... bila ikan ini mula bermain  di permukaan air. .masa inilah ikan ini mula galak memakan umpan..





Nota renjer : gambar ikan kelabau ni hasil dari trip renjer ke sungai bernam area jambatan muhibah cangkat menteri..


TRIP MEMANCING SG BESTARI JAYA PART 2


ASSALAMMUALAIKUM and HI all



*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






3 hari 2 malam..trip kedua renjer ke sungai bestari jaya..kali ni renjer turun dengan caim dan 2 orang rakan baru renjer dari batu cave.. Roza dan Bob.. hasil dia nahhh ni ha sekor patin yang tak bernasib baik terlekat dah kat kail..pujuk punya pujuk berjaya jugak renjer daratkan dia ...gila punya pemancing tegar lah baq hang! habis semua renjer angkut sumbat dalam van untuk trip ke sungai.. tu  yang boleh lajak sampai 3 hari menapak ke sungai sana..bab makan memang lengkap la..bab tempat tidor?? siap bawak tilam toto lagi huhu...

dari hari pertama lagi renjer menapak kat sungai ni memang niat nak dapatkan ikan patin je..ikan lampam?? ada jugakla tapi  dah jadi lauk kami la.. malam pertama kami betul-betul duduk port yang sangat berisiko untuk daratkan ikan..kawasan yang penuh dengan reba kayu..tapi apa boleh buat, lokasi tu je yang kami dapat sebelum hari makin gelap.. malam tu ikan yang curi umpan joran kami semua berjaya meloloskan diri.. bawak hari kedua baru kami pindah port yang agak kurang berisiko..

port yang kedua ni pula memang nampak macam kurang ikan..lapang je laluan air sungai kawasan tu..tapi tu la..sape nak sangkakan, labuh umpan baru tau apa hasil.. tudia seekor ikan patin dah lekat kat kail.. 20 minit jugak la renjer bertarung dengan ikan patin tu...




masuk hari ketiga pulak : penuh kaki pancing kat sungai tu.. tah dari mana datangnye.. dah macam ade kenduri kawen je..berderet je kereta parking..masing-masing nak cuba nasib..renjer pulak dah betul-betul letih..tapi hati masih lagi kat sungai...lantak la diorang nak mancing..renjer layan tido je dalam rumah bernombor NAP 69 tu hahaha..sedaq-sedaq je hari dah petang...kemas barang terus gerak balik...



Nota renjer : 3 hari punya hasil..satu ekor berat 8.3kg..itu pun dah kira orait! memang niat nak tarik ikan patin je pun hehe :P ikan  yang berjaya meloloskan diri tu kira ikan untuk jadi benih la hihi.. next trip renjer serang lagi lubuk sungai bestari jaya ni.. 



TRIP MEMANCING SG BESTARI JAYA


ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Sungai Batang Berjuntai atau Bestari Jaya River..edisi trip memancing yang sudah lama renjer tunda..biar pun banyak barang kami kurang lengkap tapi disebabkan umpan kami sudah lama terperam terpaksa la kami mengatur trip jugak..lebih kurang pukul 3 petang kami gerak dari felda besout..oleh kerana renjer sudah lama tidak turun ke sungai sana, renjer bawak seorang otai dari felda renjer (wak jaafar) dan seorang lagi partner renjer (najip)..wak ni kerap jugak la dulu turun memancing kesana..kira ada jugak la pemandu arah masa trip kami tu..  

dari tol slim river kami keluar ke tol bukit tagar..lebih kurang 10 minit kemudian kami tiba di lokasi pertama berhampiran UNISEL Bestari Jaya.. agak mencabar jugak lokasi port tu..betul-betul duduk atas perangkap sampah..kata wak dulu dia pernah daratkan ikan besar-besar kat situ..setle kami set semua senjata pancing semua kami pun cuba la nasib... starting tu macam biasa la.. ikan lampam.. banyak jugak kami daratkan kat port tu..yang makan bagi sangkut lagi la banyak! hehe..main pun kat sampah..tentu-tentu la duk menyangkut je..sampai habis perambut...ingat nak pindah port,tapi dah rasa lewat la pulak..kata wak kita tunggu jela..esok baru gegar cari pot baru... renjer?? hantam saja la labu.. wak dan najip folowwww je!


edisi malam..set lampu..khemah..pekakas memasak..najip jadi tukang bersihkan ikan..renjer jadi chef malam tu..tapi menu kami ikan lampam goreng je la pun..3 ekor yang saiz sekilo renjer goreng..lepas tu ikan kering haruan..sementara tunggu hidangan kami siap sempat la kami borak cerita pasal pengalaman memancing ni..sesambil tu sempat jugak la ikan sikit perambut..selesai edisi makan kami sambung balik memancing..malam punya penangan ikan lagi hebat-hebat..asal henjut je joran mesti bagi sangkut..mancing najip siap terjun sungai lagi..nasib la berjaya diselamatkan..rasanya ikan patin punya kerja la tu..lebih kurang 2 jam je kot malam tu kami memancing,masing-masing badan dah letih + perut kenyang...cari selimut pastu krohhhhh...zzzZZZZZ.......





subuh menjelma..kami berkemas dah trus bergegas cari kedai kopi dahulu..siap isi perut baru kami gerak..kali ni kami menuju ke satu lokasi berhampiran selangor fruit valley..lebih kurang pukul 11am kami tiba kat lokasi ni..merata kami meronda cari port..banyak tempat menarik tapi dah ada pemancing yang lebih awal..sampai la satu port tu yang dikira ok la..

labuh umpan..perhh! 2minit je bagi tempoh..berdesing drag shimano renjer..patin punya penangan..siap melambung-lambung nak lepaskan diri..tapi di pendekkan cerita.. tak de rezeki..ada la satu mamat naik sampan nak tolong saukkan ikan yang renjer tarik tu..sebab tempat renjer duduk tu tebing tinggi..malangnya mamat tu boleh gulung tali pancing joran renjer kat tangan dia..bila ikan tu mula naik permukaan terkejut la dia..satu libasan je dah boleh tussssssss... putus la der...aiyooo..

arhh! tertekan..repeat!..tabur lagi sawit..(teknik rasuah ) naik ke petang sikit baru la berjaya jugak renjer daratkan 2ekor ikan patin..tapi saiz dalam 2 kg je..selebihnya ikan lampam..yang dalam gambar tu jela hasil yang kami bawak balik..yang lainye dah jadi lauk malam dan tengah hari..lebih kurang pukul 5.30pm kami pun berkemas nak balik...next time kami akan plan lagi trip memancing ke lokasi fruit valley ni...



Nota renjer : trip akan datang kami nak pastikan hasil akan lebih terbaik..satu lagi pesan renjer..jagalah sg bestari jaya tu..banyak betul sampah bekas tinggalan kaki pancing :P


PESTA LAMPAM SUNGAI BERNAM


ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Hasil terbaik renjersungai lagi..masih lagi kami ke lubuk yang sama ke sungai bernam ni..tak sangka jugak masa kami turun tempoh hari tu air sungai dah pulih dari banjir..kali ni 4 orang kami turun..sampai je ke lubuk, tengok air plak cantik, terus berebut cari lokasi masing-masing..umpan kami macam biasa la guna sawit peram tu...sambutan trip kami tu memang terbaik la.. campak je umpan ade je yang mengena hehe...cuma spesis  ikan lampam jela yang banyak..

dari pukul 11 pagi  lebih kurang kami sampai ke lubuk..tu pun sebab renjer dapat info dari abang lan dari empangan sungai dusun..rumah dia betul-betul tepi sungai bernam tu..senang sikit nak tanye keadaan sungai..renjer mula kenal abang lan ni mase renjer jual ikan kat slim river hari tu..kami sama-sama jual ikan masa tu..abang lan ni rupanya toke ikan sungai..macam-macam jenis ikan sungai dia jual..ikan baung yang dia jual besar-besar betul..renjer risik punya risik rupanya abang lan ni orang sungai dusun..memang boleh jadi geng la..senang nak tau info sungai..kalau ada yang nak bisnes ikan sungai boleh la halo renjer..kang renjer halo abang lan tu..boleh deal harga..



yang gambar atas ni semua hasil yang renjer dapat..30 ekor kesemuanya..ikan tak la besar sangat pun,tapi puas la dapat tarik banyak macam ni..hasil kami semua hari tu rasenya lebih 60 ekor kesemuanya..seekor je dapat daratkan ikan kelabau..itupun member renjer ijan yang daratkan.. 

dalam minggu ni renjer mungkin akan terjah lubuk-lubuk sungai je..tapi kalau ada yang nak join renjer tu mungkin minggu depan la..sebab minggu ni dah ada yang booking renjer turun lubuk..kalau yang nak oder sawit peram pulak terpaksa la tunggu lagi..buah sawit renjer dah mula peram yang baru..stok yang dah ada tu renjer nak guna untuk trip memancing minggu ni...





nota renjer : minggu terjah lubuk! nantikan entry renjer sungai edisi trip memancing ke sungai bestari jaya..hasilnya agak baik jugak ! hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...