HASIL & HIDANGAN




assalammualaikum..




-ikan lampam-
|
|
|

Musim hujan kembali lagi.. air sungai sudah semakin naik.. kawasan yang rendah semua dah ditenggelami air.. lubuk-lubuk yang selalu renjer turun pun dah tenggelam.. tinggal la satu-satunya port yang boleh renjer nak labuhkan joran..lepak kat jambatan estate ni..jambatan nelson namenye..yang besnye kat jambatan ni sebab ia rendah dan mudah untuk daratkan ikan..




lagi pulak jambatan ni kenderaan berat tidak dibenarkan lalu..jadi selesa la nak labuhkan joran..hasil tu kadang-kadang menarik jugak..takat nak tunggu si ikan lampam tu memang senang la..petang semalam pun renjer sempat lepak memancing sekejap kat jambatan tu..dapat jugak 2 ekor ikan lampam besar...


balik senja tu trus je halo-halo member-member team renjer..semua pakat kata orait jadi kan hidangan 3 rasa! port team renjer biase la kat kedai wan tomyam ni..kedai die je yang terima ikan luar untuk di masak..masakan die pun sedap..dapat je makan, semua dah tak pandang belakang hehe...


-lampam 3 rasa-
|
|
|
|




nota renjer : ade hasil trus makan ramai-ramai..
ikan fresh baru rasa nikmat isi die :P



HADIAH BESAR MENANTI ANDA / WAK JALI EVENT





ASSALAMMUALAIKUM...




Nak turun ke taknak ni?? hurmm..kalau turun mane la tahu ade rezeki kan..hadiah menarik tu..silap-silap kalau menang , duit tu boleh wat hantaran kawen kihkihkih



dulu dah dua kali renjer join event wak jali ni..ikan tak dapat tapi labi-labi yang mendarat hahaha..puas orang gelakkan kat renjer mase tu..mati-mati ingat ikan pacu besar..berdesing drag mesin..sekali dah naik kat permukaan air rupanya empat kaki da huhu..sampai sekarang masih segar lagi dalam ingatan kenangan layan labi-labi tu hahaha..

tapi sedang bermain di fikiran ni nak turun ke taknak..nak ke taknak??? korang rasa nak ke taknak??? 30K hoi 1st prize die!! ke rm150 je?? atau jadi bangau lagi tunggu ikan tak makan umpan hahaha...


"tak ade ikan pun tak apa janji ENJOY"


GP S'NGOR:

SIRI 8

TEMPAT: TAMAN TASIK MILENIUM, KUALA KUBU BARU

TARIKH: 30 OKTOBER 2011

MASA: 8.00PG -1.00 TENGAHARI

DAFTAR AWAL DI PEJABAT MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BERMULA 17 OKTOBER 2011, WAKTU PEJABAT.

juara : rm30,000

kedua : rm12,000

ketiga : rm6,000

4: RM1,500

5: RM700

6-10: RM250

11-20: RM150

YURAN RM80! T-SHIRT UNTUK 500 PESERTA TERAWAL MENDAFTAR. CABUTAN BERTUAH 20 HADIAH DAN CABUTAN BONANZA RM500 X 4 PEMENANG. JUARA GRAND SLAM AKAN MENERIMA KERETA PROTON SAGA 1.3, KEDUA RM10,000 DAN KETIGA RM5,000. 013-3113911




nota renjer : kalau ade rezeki takkan kemana..yang penting cuba dulu bertarung hehe...

sumber : wak jali


SERANG DAH KE SUNGAI BERNAM




assalammualaikum...



-sg bernam-
|

Intai ke sungai bernam semalam..renjer bersama hakim al-ikhsan...walaupun air sungai baru je nak mula surut dan sekitar lubuk agak berselut kami tetap redah nak labuhkan joran...sangap nak memancing punye pasal hehe...lagi pun masa air tengah dalam macam ni la nak cari ikan lampam yang besar-besar...

buktinya ha tu seekor ikan lampam hampir 2 kg yang sangkut kat kail hakim..senyum lebor la deme hehe...selebihnya renjer yang dapat..tunggu ikan kelabau pun tak muncul..tapi dapat jugak la tengok kumpulan ikan tu bermain di permukaan air..mungkin dia tak jumpa umpan kami..tak pun ikan tu masih kenyang..mungkin la hehe...




dalam 2 3 hari ni kalau tak hujan lagi mungkin air sungai lubuk ni betul-betul surut..masa ni la nak beraksi hehe..jangan sampai geng buru udang je turun...kang takde port nak duduk..

ada dah 2,3 orang yang halo renjer ajak turun ke lubuk ni..renjer je belum bagi kata putus..pasal pergi dengan hakim masa balik petang tu hujan turun punya la lebat...takut jugak nak pegi lagi..karang air tak ok ha..diorang dah la datang dari jauh..rekod trip kena jaga jugak hehe...

|
-hasil semua-
|



nota renjer : nampak menarik dak gambar-gambar yang renjer post ni???
hasil sentuhan DSLR milik hakim :P



SG PETANI | WEDDING SHAZILA & ABU KHAIRI









ASSALAMMUALAIKUM..




-abu & sha-
|

22.10.2011 selamatlah hari persandingan kedua mempelai ini...renjer pun dah selamat pulang selepas menghadiri perkahwinan diorang ni..jauh jugak nak ke rumah pengantin ni..lebih kurang 4 jam perjalanan dari perak nak ke kedah ni..renjer pun baru kali pertama menjejakkan kaki ke sungai petani ni..betul-betul berpandukan peta dalam kad kenduri je..nasib la kami tak sesat..




segak tak pengntin lelaki ni..ade iras-iras renjer dak?? hehe..renjer ke majlis perkahwinan diorang ni sebab tolong co-pilot cik ana dan cik ila..pengantin perempuan tu kawan diorang masa study dekat usm penang dulu...lama dah diorang tak jumpa..last jumpa dulu pun masa konvo kot..

best wo lauk pauk kat kenduri sungai petani ni..sedap sesangat..pekena sup daging ngan gulai ikan talang..cicah sambal perhh!! terasa rugi je makan sikit hehehe...



balik dari kenduri tu kami singgah pulak ke zoo taiping.. ini pun kali pertama renjer jejakkan kaki kat zoo ni..mula-mula tu macam tak semangat je nak masuk..pasal hujan..tapi pasal diorang cakap dalam tu ada banyak ikan tu yang renjer kata "ha jom redah hihi"

bila dah masuk memang teruja la jugak hahaha..tengok buaya mak oi besaq-besaq wei! ikan pun punya la banyak kat kolam-kolam dalam zoo tu..kalau la boleh memancing perhh!

pantang tengok kolam ada ikan huhu..macam tu la kalau dah jadi kaki pancing ^_^






nota renjer : next turn sapa pulak nak invite p kenduri???
lai..lai..lai~





MENU RENJERSUNGAI TENGAH HARI NI






ASSALAMMUALAIKUM..




Jom makan!!


|


Simple je menu renjer tengah hari ni..ikan patin goreng cecah cili kicap vs sup ikan haruan..walaupun dah tak boleh nak turun memancing hujan-hujan ni..stok ikan renjer tetap ade hehe..tinggal lagi nak kena rajin je selongkar peti ais tu...nak masak yang best-best belum pandai lagi.."mod malas huhu" goreng pun sodap!!





ha semua jom makan...ha ko sekali la cepat! lambat tinggal tulang je kang huhuhu...




nota renjer : makan selagi boleh hehe...




BELAJAR TEKNIK MEMANCING IKAN KETUTU





ASSALAMMUALAIKUM..




-ikan ketutu-
|


Sambil lepak-lepak santai, belajar memancing ikan ketutu ni best jugak..bukan senang nak memahami tabiat ikan ni..umpan ape yang die nak makan..cara nak kesan kawasan yang die duduk..tapi semua tu adalah cabaran baru bagi renjer..

walaupun test mancing ikan ni kat kolam je..rasanya mungkin same tabiat ikan ni kalau disungai ataupun dilombong..setakat ni renjer hampir berjaye la mengesan teknik nak memancing ikan ni.. cuma blum cuba lagi teknik ni kat sungai...kalau dekat kolam tu kire dah pas dah hehe...




ikan ketutu ni memang jenis yang menyambar dan paling aktif pada waktu malam.. walaupun ikan ni jenis yang menyambar ia tidak banyak bergerak dari kawasannya..ai hanya menunggu mangsanya hampir dengan kawasannya dan baru mula menyerang..

"hoho betul ke??" btul la..renjer dapat 4 ekor malam semalam..guna teknik baru tu la hehe...kat sungai je belum try lagi..takde mase lagi...yang dapat ikan ketutu dulu-dulu kat sungai tu secara kebetulan je..tak mancing dia pun,tau-tau dia yang makan..




nota renjer : teknik dah tahu..kena bikin trip buru ikan ketutu la macam ni..ikan ni dah la mahal..




REKOD TERBARU IKAN PATIN





ASSALAMMUALAIKUM..




-patin 8.9kg-
|


Tu dia rekod baru dah..member renjer si hafiz berjaya daratkan ikan patin ni.. sekali gus memegang rekod terbaru di renjer sungai ni!! kurang seratus gram je 9 kilo..rekod yang dulu 8.5 kilo..sempat si hafiz nie turun ke sungai, petang mase game futsal sabtu lepas.. pasukan futsal die kalah awal di peringkat kumpulan..tu yang die terjah ke sungai bernam..berbaloi la hasil yang die dapat..kira sekarang apis dah pegang rekod terberat team renjer sungai la..rezeki ko la hafiz..ngam2 ko daratkan pastu hujan dah start turun..ko dah kasi gigil member lain der hehe...

makan besaq lagi!!!

malam tu jugak kami ramai-ramai makan hasil yang die dapat.. pekena ikan patin 3 rasa perhh! 12 orang makan sekali hadap je..ape pun tak tinggal dah hehe..sedap sungguh ikan patin sungai bernam ni..tah bile pulak nak merasa ikan ni lagi..air sungai pun dah makin naik..hujan pulak hari-hari...




tak sempat pun renjer nak prepair ape-ape lagi dah musim hujan pulak..tunda trip bro! :P mancing kat kolam jela macam ni..layan ikan ketutu..sementara tunggu air sungai pulih...




nota renjer : renjer kene potong rekod diorang ni..hehee....



bila renjer berfutsal




ASSALAMMUALAIKUM..




Alhamdulilah selesai sudah pertandingan futsal anjuran persatuan generasi 83 yang diadakan di dewan futsal felda gunung besout.. renjer juga adalah salah sorang ahli yang terlibat dalam menjayakan pertandingan futsal ini..



terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan pertandingan futsal ni.. tak lupa jugak jutaan terima kasih buat YB Dato Khusairi di atas sumbangan berserta hadiah hamper dan juga sudi mencuri sedikit masa untuk sama-sama turun padang ke pertandingan futsal kali ini.. renjer terpaksa gantung pancing untuk satu hari sampai setel pertandingan nih.. sipbek dah setel.. hehe





nota renjer : dah boleh kembali ke sungai..yeyyyyyyy!!!

IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK





ASSALAMMUALAIKUM..




-ikan terubok-
|


harini renjer belum terjah ke mana-mana lubuk lagi.. belum berkesempatan untuk pergi.. maklumlah sibuk sikit semenjak dua menjak ni.. hehe.. sebelum-sebelum ni, renjer je yang selalu bagi ikan pada kawan-kawan.. kalau trip memancing renjer ada hasil, memang selalu jugak renjer sedekahkan ikan pada kawan-kawan.. tup-tup harini, renjer pulak dapat ole-ole terubuk masin spesel dari sarawak! perhhhhh! tak sangka makkkk nokkk! =P




renjer jugak dapat keychain spesel dari sarawak nih.. bukanlah renjer ke sarawak.. ni semua ole-ole dari cik ida sahabat renjer yang baru-baru ni pergi holiday ke sarawak.. alhamdulillah ingat jugak cik ida kat renjer ye.. hehe.. terima kasih sebab tak lupa belikan souvinear untuk renjer yang tak tau bile la nak dapat fly ke sabah sarawak.. kot-kot ade sahabat kaki pancing nak sponsor renjer ke sana, boleh gak renjer merasa naik kapal terbang.. hehehe

terima kasih ye cik ida ^_^




nota renjer : tak sia-sia renjer gantung pancing 2,3 hari sebab tolong jadi asistant cik ana.. hehe




AKHIRNYA TERJEBAK KE DUNIA MENJORAN




ASSALAMMUALAIKUM



-port haruan-
|


Dulu hang selalu kata, "woi hampa ni ashik mancing ja..buang masa ja.. baik lepak-lepak lagi baguih! badan pun tak penat"


lepak tu baguih no?? tak buang masa ka?? lepak kat sungai lagi ok rasanya ..untung-untung dapat ikan,betul dak??dari lepak duk kacau anak dara orang lalu lalang..kalau ngorat tu boleh dapat ok la jugak hak3...


la ni,hampa tak p mancing ka??? nak p bgtau awal-awal..aku nak join...

ha baru hang tau..dulu hang kata apa?buang masa kan?? hahaha...la kan..dah pandai p mancing sendiri dah..call ja tanya"hang kat mana??" tu dia aih! dah kat sungai dah...


satu hari tu ko boring tahap gaban kan?? tak de orang nak lepak kan?? so ko ikut la aku try pegi mancing..mase tu aku bawak ko pegi mancing ikan haruan..first turun ko tak dapat ikan..cuma ko asyik terlepas je..bile ikan makan umpan ko..ingat dak??? pastu ko jadi geram..esok ikut lagi..pastu pegi lagi..sampai la ko dah dikira jadi pemancing tegaq macam aku hahahaha.....




akhirnye berjaye jugak renjer menterjebakkan beliau ini..iaitu sahabat ku huhuhu...saje nak bagi ko rasakan sendiri ape yang kami rasa dengan hobi mengail ni hehehe...sekarang ko dah faham kan???




nota renjer : macam mane story korang pulak?? terjebak jugak ke hehe....




KELAPA SAWIT NO 1





ASSALAMMUALAIKUM..




-renjer-
|


Satu bulan dua kali renjer turun kekebun sawit kepunyaan abah renjer..sekali kait boleh dapat paling kurang lima tan..kalau dua kali kait, jadinya sepuluh tan..harga sawit pulak sekarang mencecah rm700 per tan dan di darab pulak lagi dengan sepuluh tan tu, ha brape dah tu??? alhamdulilah la rezeki kami menjadi peneroka felda..hehe

kenapa sawit no 1 ?? ya no 1 bagi kami.. selain sawit adalah punca pendapatan peneroka dan juga pekebun kecil, ia juga adalah penyumbang terbesar dalam negara kita..btul la kan??




tapi tak ramai anak-anak muda sekarang mahu mengusahakan kebun sawit ni..maklum la macam indon kate deme hehe..tapi renjer dah takde pilihan..jaga keluarga..puas dah renjer merantau dulu kerja merata..last-last sawit jugak kerja paling banyak mase terluang..sebulan habis kuat 10 hari je ke kebun tu..selebihnya dah boleh turun ke sungai la hehe..

dah la sawit ni mahal bagus pulak tu dijadikan umpan untuk ikan-ikan sungai..pandai peram pandai pilih sawit yang betul-betul cantik pasti sawit tu no 1 jugak bila dijadikan umpan hehe..





nota renjer : no1 sawit ni mahal no1 sawit ni umpan terbaik..
yang tak no 1 duri die..kalau terpijak durinye meraung la..hehe





PENUNGGU SUNGAI???



assalammualaikum...


-sg bernam-
|

satu hari tu..

renjer : ajai jom pegi memancing..
ajai : jom la..bosan ni..nak p port mana??
renjer : port biasa la...ok set..

sampai je kat lubuk~~~

Tu dia hampa tengok!!! orang lain mai mancing ja.... depa ni mai berguni-guni bawak jaring...habis satu lubuk sungai ni kena bubuh jaring..nak mancing kat mana lagi tah...bukan la nak kata tak boleh nak menjaring..tau ja port ni bukan ada sapa-sapa punya..tapi pada-pada la..dah tau kawasan tu port kaki-kaki pancing...


tu la dia habaq hang!! spoil je nak memancing takde port dah..
kat sungai penuh botol-botol pelampung jaring..


renjer pon p buat2 interview

renjer : wah pakcik banyak ke dapat menjaring???
penjaring : sekoq pun tak dapat *muke blurrrr je pakcik ni
renjer : takkan la seekor pun tak dapat?? jaring punya banyak tu..
penjaring : malam tadi banyak dapat..puluh2 ekoq.macam2 ikan dapat...
renjer : habis mene ikannye pakcik???




pakcik penjaring tu pun mulakan ceramah :

malam tadi pakcik ada dapat sekoq ikan ni punya pelik..seumur hidup pakcik tak pernah tengok ikan tu..mata dia merah..sirip dia suma merah..bentuk macam ikan baung..pakcik patahkan la sengat dia buh la dalam jut campur dengan ikan yang lain-lain..bila pagi ja pakcik tengok dalam jut sekoq ikan pun tak tingai dah..pelik sungguh!

tu dia! tu dia! patut la muka atak senyum huhuhu...misterius sungguh...


nota renjer : ikan apa tah yang pakcik tu dapat..
dah la hilang dengan ikan-ikan lain..
PENUNGGU itu sungai kot :)



PORT BARU SUNGAI BERNAM




ASSALAMMUALAIKUM..




-sg bernam-
|

Kiriman gambar dari rakan renjer yang turun ke sungai bernam tempoh hari..port lubuk ikan kelabau katenye..tengok gambar tu memang menarik..siap ade pokok tumbang kat hujung sungai dan penuh sampah-sampah tersadai..selalunye port-port macam ni la yang banyak berpenghuni...renjer kena terjah nanti ni ke lubuk ni hehe...


mase rakan renjer ke lubuk ni tempoh hari tak de pun berhasil..air keruh katenye..nak buru ikan kelabau ni memang nak kena air sungai btul-btul cantik..kalau tidak menung la jawapnye hehe..buat mase ni renjer tak boleh la nak turun lagi ke lubuk ni..lagi pulak hujan tak menentu sekarang ni..

mungkin renjer akan turun selepas selesainya game futsal piala pusingan yang dianjurkan oleh belia group 1983 pada 15 oktober nanti..renjer terlibat sedikit dengan aktiviti diorang ni..mula la sibuk sikit ke sane sini hehe.. hari tu renjer ke pejabat YB dato khusairi talib..beliau telah memberi sedikit sumbangan untuk menjayakan karnival futsal tu nanti dan beliau jugaklah akan turun untuk merasmikan kejohanan futsal tu nanti...diharap nanti semuanya akan berjalan dengan sempurna..


-YB ADUN slim river-
|




nota renjer : selesai je game futsal tu nanti boleh la dah serang ke sungai bernam yeaahaaaa!! :)


SANTAI BERSAMA ANAK BUAH KE SUNGAI BERNAM





ASSALAMMUALAIKUM





-aiman-
|

dailog dengan aiman (semasa di rumah)

renjer(acik) : kenape ni aiman, ayah mane??
aiman : ayah g mancing tinggal aiman..
renjer(acik) : la kesiannye..abis tu aiman nak buat ape?? main la game tu...
aiman : boring! main game je!! *muka penuh ketidak puas hatian hahaha...
renjer(acik) : ok2 jom ikut acik... kite g kat ayah..
aiman : hah!!btul ke acik!! yey!! *tu dia la sekali je ajak trus jadi je...

vrooommmm...sepanjang jalan si aiman ni bersuara..semua nak di tegurnye..kalau dengan abah die memang takkan bawak la die ke sungai..aiman ni x macam bebudak lain..minat die same macam abah die dah hahaha.. ko kecik lagi la aiman..sekolah pun belum lagi...




sampai je kat lubuk tu trus terkejut abahnye tengok aiman ikut..jenuh berdebat la anak beranak tu hahaha..geli perut tengok gelagat 2 beranak ni...yang si aiman ni pulak memang tak duduk diam..nak sesangat dah pegang joran tu..mase renjer sampai tu ade la dah hasil abah si aiman ni..besar-besar jugak ikan lampam..bertambah riuh la si aiman bila tengok ikan..meh sini aiman acik tangkapkan gambar aiman dengan ikan.. lebor je si aiman senyum..






nota renjer : bukan tak nak bawak bebudak ni ke sungai..nak jaga susah..
semua benda baru bagi dia..mane la tak melompat-lompat...




MATA KAIL TERBAIK UNTUK STRIKE





assalammualaikum...





Mane la nak cari mata kail jenis ni sekarang..satu perak dah renjer jelajah ke kedai-kedai pancing kot2 masih ade lagi mata kail jenis ni..paling last renjer dapat mata kail ni kat kedai pancing bagan serai perak..tu pun dah 3 tahun dulu rasanya...kedai pancing terkenal kat kepong tu pun takde jenis macam ni...sekarang ni yang ade semua jenis yang kurang bagus dan perlu di ubah suai sebelum ia betul2 boleh digunakan dengan berkesan...

-bomber-
|


renjer gelar mata kail jenis ni mata janggut (mini whacker) keluaran USA rasanya...mata kail ni mempunyai 2 kipas dan ada yang satu kipas..kelebihan mata kail ni ia boleh mengelak rumput dan paling sesuai digunakan di tempat air yang dalam...nak tahu kail ni digunakan untuk ikan ape??? mesti la nak tahu kan hehe...terbaik digunakan untuk ikan haruan,ikan bujuk dan toman..100% renjer jamin keberkesananya!! masa renjer ade kail ni dulu strike sesaje hehehe..tapi mane la nak cari jenis yang macam ni~~~




nota renjer : kalau la sape2 ade jumpe jenis kail yang macam ni lagi halo2 la renjer tau...ada 20 pun renjer nak..siyesss!! ^_^




BERUMAH DI TEPI SUNGAI





assalammualaikum..




Hoi renjer!!! ko nak mancing ke nak tido??? hahaha jeritan rakan renjer (hafiz).. tu la akibatnye kalau badan tak sihat pun turun ke sungai jugak..sangap nak mengail punye pasal turun jugak la... dah sampai ke sungai, pasang je khemah trus masuk tido..kepala dah berat sesangat...

hasil??? ape pun tak boleh..mancing pun tak dan tahan.. saje nak berumah kat tepi sungai je hik3~~~





nota renjer :demam pun pegi mengail...
jangan tiru aksi ini!!!




JENIS MATA KAIL YANG SELALU DIGUNAKAN



ASSALAMMUALAIKUM





-eagle wave-
|


Bukan renjer nak promote pulak jenis-jenis mata kail ni..tapi yang paling banyak renjer gune jenis ini la..untuk sawit peram jela..mungkin banyak kaki pancing kurang gunakan jenis kail macam ni..disebabkan jenis mata kail ni sukar sedikit untuk mengikatnya kerana tidak mempunyai lubang..tidak seperti mata kail lain yang banyak di kedai2 pancing..bagi renjer jenis kail eagle wave ni adalah yang terbaik..cukup tajam dan tidak mudah patah..cepat menusuk ke mulut ikan..hanya sedikit sukar untuk mengikatnya..jika ade kaki mancing ingin menggunakan kail jenis ini renjer syorkan gunakan perambut yang tidak licin..kekejapan ikatan kail sangat penting kerana kail jenis ini tidak mempunyai lubang..untuk belajar lebih cara-cara mengikatnya boleh la melihat step by step di belakang pek mata kail itu...




dan satu lagi jenis kail yang selalu renjer gunakan adalah daiichi..rasenye mate kail jenis ni popular di kolam-kolam mancing bayar..ia jugak bagus kerana tidak mudah patah..jenis kail ini biasenye renjer gunakan untuk memburu ikan toman dan belida..jika ingin menggunakan kail jenis ini pastikan die original japan..ha jangan ingat benda lain je orang boleh copy..kail pun orang copy..terbeli yang copy paste punye, kang sedap-sedap layan ikan besar tup-tup kail patah huh!! memang spoil derrr..hehehe...





nota renjer : ape pun hati-hati la gunakan kail ni..bila kail sudah di mulut ikan berhati hati la untuk membukaknye...





SEDIKIT TIPS TEKNIK MEMANCING IKAN HARUAN




ASSALAMMUALAIKUM





-haruan 2.4kg-
|


Cerita je pasal ikan haruan ni pasti kaki-kaki pancing ni dah tahu cara-cara dan teknik untuk memancingnye.. betul dak??? baik teknik casting atau pun memancing menggunakan rod... paling tidak pun guna batang buluh dan umpan cacing atau cengkerik..tapi bagi yang sukakan sambaran dah tentu la gunakan teknik casting (baling tarik) tu..renjer sendiri pun suka teknik balingan ni..puas!! hehe..umpan terbaik tentulah menggunakan katak selain menggunakan rapala,kipas mata 3 dan kail janggut..gunakan mengikut lokasi la..



sedikit petua sebelum betul2 mahir :-

-untuk yang masih baru dan ingin belajar teknik casting ikan haruan ni boleh belajar atau mempratikkannya sendiri.. bila buat balingan di kawasan yang lapang, renjer syorkan jangan baling ke arah atas.. sebaliknya banyakkan balingan menyerong.. tak kira la dari sebelah kiri atau pun sebelah kanan.. bila dah mahir membuat balingan serong..nanti satu masa korang pasti akan jumpe port yang mencabar..

-bile balingan dah dibiasakan pasti korang dah takkan kira macam mana teruk pun port korang boleh buat balingan..penting tu..ikan haruan yang besar-besar suke duduk port yang sempit-sempit...bile mahir casting..baling umpan pulak sharp je.. nanti ade la rezeki korang hehe...

-umpan pulak kalau gunakan katak..paling bagus kalau membuat tarikkan tu biar real je macam katak tu lompat dari tebing..tu yang meletup kang ikan haruan sambar hehe..satu lagi bila balingan umpan kita dah di sambar, jangan terus menyentapnya..biarkan dalam 4 ke 5 second dan barulah membuat sentapan..(ikan haruan tidak seperti ikan toman yang menyambar terus menelan) kalau umpan katak la..

-bila sampai ke lokasi ikan ni jangan terlalu bising dan banyak membuat pergerakkan dan jangan terlalu rapat duduk di tebing..ikan haruan ni kalau dah terkejut melihat kelibat orang jadi sukar la sikit nak memancing die..

-joran pulak, jangan gunakan batang pancing yang terlalu lembut dan terlalu berat..mesin pancing pulak jangan guna yang terlalu berat..kang guna set yang berat-berat korang jadi letih macam tu je sebelum dapat hasil hehe..tali pancing pun kene ikut kesesuaian mesin.. jangan guna tali pancing yang terlalu kasar..tali terlalu kasar nanti balingan umpan tidak akan pergi jauh..



-port haruan kawasan lapang-
|


sedikit petua dari pengalaman renjer la kirenye ni kan..untuk yang baru nak blajar memancing la..ok kot?? kalau yang dah otai tu boleh senyum la takat ikan haruan ni hehe..
macam dah panjang lebar je ceritanye..








nota renjer : susah sangat guna buluh je buh umpan cacing..guna plampung..
bile berbuih je plampung mula nak tggelam tu sentap je hehe...



ade yang tak puas hati



opps! this link appears to be broken..
ke tu tajuk entry ko???
KECUT takyah bunyi la weh!





ade yang tak puas hati dengan RENJER rupenye.. tak tahulah plak RENJER SUNGAI ni ade buat MAKHLUK mana-mana terasa.. maaflah pada yang mungkin terasa.. mungkin ada yang bertanya tentang umpan atau teknik memancing atau apa sahaja yang mungkin renjer terlepas pandang.. ungkapan MAAF saje yang mampu renjer ungkapkan.. selagi namanye manusia, memang tak mungkin lah nak puaskan hati semua pihak.. cuma, tak perlu lah nak jadi KECUT TELOR kalo bahasa kasarnye.. sendiri buat, sendiri tanggung.. kalo lu berani, face to face la bro..










nota renjer : bukan sombong..bukan xnak layan..badan terlalu penat balik memancing..demam pun belum betul2 ok lagi ni.. bukan senang nak perah otak kalau tengah serabut.. bukan ko ade bayar pon yg ko nak pakse2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...